About us - Terapi.my

Mengenai Kami

TERAPI - Dapatkan Urut Melayu Tradisional berdekatan anda!

LATAR BELAKANG

TERAPI merupakan satu sistem direktori bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan Urut Melayu dengan lebih mudah. Setiap hari kami berkembang dari satu kawasan ke satu kawasan. Apa yang lebih penting adalah setiap Juru Urut kami adalah bertauliah.

PERKHIDMATAN KAMI

Kami menawarkan kepada anda perkhidmatan Urut Melayu Tradisional daripada pengamal yang berkelayakan dan berpengalaman kepada anda secara dalam talian.

MISI KAMI

Menjadi direktori Perkhidmatan Urut Melayu Tradisional terbesar di Malaysia

Corp massage

MENGENAI KAMI

THERAPY ON DEMAND SDN BHD (1174266-V); telah ditubuhkan pada 28 JANUARI 2016. THERAPY ON DEMAND SDN BHD (dikenali sebagai TERAPI), merupakan pemenang pertandingan SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA (SUPERB) pada tahun 2015 dibawah TERAJU.

USAHASAMA

TERAPI adalah rakan niaga program eRezeki di bawah Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) and adalah incubatee Technology Park Malaysia (TPM), yang bertindak sebagai agensi pemantau TERAPI.

Pada Oktober 2017, THERAPY ON DEMAND SDN BHD juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman eksklusif (MOU) dengan INSTITUTE OF PHYSICAL SCIENCE, CULTURE & ARTS (IPSCA). IPSCA; di bawah Fakulti Perubatan Melayu merupakan satu-satunya institut pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program seperti SIJIL & DIPLOMA URUT MELAYU yang keduanya diiktiraf dan mematuhi syarat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Kualifikasi Malaysia (MQA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Ipsca convo
  • Ipsca mahdi
  • Mdec dinner
  • Mdec appr

PENCAPAIAN

TERAPI telah memenangi beberapa anugerah seperti Inclusive Innovation Challenge HIP 6 (High Impact Program 6) di bawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) and Anugerah Usahawan Sosial di bawah Malaysia Commercialization Year (MCY 2.0) 2017 yang telah disampaikan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Dilancarkan pada 13 Disember 2017 oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika Global Entrepreneurship Community Summit 2017, TERAPI telah berkhidmat kepada lebih 2,000 pelanggan di sekitar Lembah Klang dari September 2016 sehingga kini.

  • Mcy win
  • Mcy prize
  • Terapi launch

WATAK UTAMA

Wan Hairul Azzuan
Wan Hairul Azzuan
Operasi
Helmi Ruza
Helmi Ruza
Teknikal
Ahmad Munawar
Pembangunan Perniagaan

Our Partners