Massage

Soalan Lazim

Jawapan Kami

Soalan Lazim

  • Bagaimana TERAPI berfungsi?

    Terapi menawarkan servis Urut Melayu daripada Juru Urut yang bertauliah tidak kira di mana sahaja anda berada. Anda boleh memilih Juru Urut mengikut servis yang anda inginkan dan aturkan temujanji anda untuk sesi rawatan. Juru Urut akan tiba di lokasi yang anda inginkan untuk sesi rawatan yang dipilih. Apa yang anda perlu lakukan adalah menantikan ketibaan Juru Urut dan nikmati sesi rawatan yang berkualiti daripada Juru Urut kami.

  • Apakah servis yang ditawarkan TERAPI?

    TERAPI menawarkan servis Urut Melayu terdiri daripada Urut Lena, Urut Andam, Rehabilitasi Lumpuh, Urut Lega, Urut Batin Lelaki, Urut Kesuburan Wanita dan Urut Pantang. Kesemua modaliti ini dilakukan berpandukan Patuh Syariah di mana hanya Juru Urut lelaki sahaja akan melakukan rawatan untuk pesakit/pelanggan lelaki dan begitulah sebaliknya. TERAPI juga menawarkan Urutan Korporat untuk syarikat yang ingin menghargai khidmat pekerja mereka.

  • Boleh saya tahu kegunaan untuk setiap jenis urutan?

    Anda boleh memilih jenis urutan mengikut keperluan anda seperti berikut :

    1. Urut Lena
    2. Urut Lega
    3. Urut Batin Lelaki
    4. Urut Kesuburan Wanita
    5. Urut Pantang
    6. Urut Andam
    7. Rehabilitasi Lumpuh

  • Bagaimana saya ingin memilih Juru Urut?

    Anda boleh memilih Juru Urut berdasarkan kehendak dan masalah kesihatan yang anda hadapi. Setkan temujanji dengan Juru Urut dan buat tempahan secara dalam talian menerusi laman web TERAPI.

  • Bagaimana TERAPI menapis setiap Juru Urut di dalam platform?

    Kami amat berhati-hati di dalam memilih Juru Urut yang ingin berada di dalam platform TERAPI. Setiap Juru Urut mestilah mempunyai Sijil/Diploma Kemahiran Urut Melayu daripada Institute Physical Science, Culture and Arts (IPSCA). Sijil dan Diploma Urut Melayu daripada IPSCA merupakan satu-satunya kelayakan yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Bolehkah saya menempah Juru Urut yang sama?

    Ya. Boleh! Tiada halangan bagi anda untuk menempah Juru Urut yang sama. Yang penting, setkan masa temujanji anda terlebih dahulu dengan Juru Urut tersebut.

  • Bolehkah saya menempah terus dengan Juru Urut tanpa melalui TERAPI?

    Kami amat menghargai setiap tempahan yang dibuat melalui TERAPI. Ini penting bagi kami menjaga sistem direktori ini untuk tempoh yang lama dan kekal sampai bila-bila. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara tidak diingini sekiranya anda membuat tempahan terus dengan Juru Urut.

  • TERAPI masih tiada di lokasi saya! Bagaimana saya ingin mendapatkan rawatan Urut Melayu?

    Kami berkembang setiap hari secara berperingkat. Semak kembali di web TERAPI atau di FB page kami untuk pengumuman info terkini.

Anda seorang Juru Urut?

Maklumat Lanjut