Massage

DAFTAR

Senaraikan perkhidmatan anda dalam TERAPI

Apa itu TERAPI?

TERAPI adalah satu sistem direktori dalam talian bagi Juru Urut tempatan di Malaysia. Sistem ini membolehkan anda memaparkan perkhidmatan urutan melayu yang anda tawarkan kepada pelanggan di mana anda akan mempunyai laman web peribadi yang boleh dikongsi di mana-mana media sosial secara percuma. Menerusi TERAPI, pelanggan dapat mencari, menilai dan menempah perkhidmatan urut melayu yang anda tawarkan secara dalam talian pada bila-bila masa sahaja. Mudah bukan?

Apa yang TERAPI sediakan untuk Jurut Urut?

Sistem ini direka khas bagi kegunaan Juru Urut

Therapist page
WEBSITE PERIBADI
Anda boleh berkongsi kepada orang ramai servis yang anda tawarkan melalui link website anda
Automated
SISTEM AUTOMATIK
Invois, resit dan baucer pembayaran dihantar secara terus ke email.
Notification
NOTIFIKASI
SMS dan email peringatan kepada pelanggan agar mereka tidak lupa temujanji rawatan yang dibuat
Online payment
PEMBAYARAN DALAM TALIAN
Segala pembayaran dilakukan secara dalam talian menggunakan sistem FPX dan Kredit/Debit Kad.
Sales report
LAPORAN PENDAPATAN
Pendapatan yang anda perolehi boleh dilihat secara terus melalui akaun TERAPI anda. Baucer Pembayaran juga boleh dimuat naik bagi tujuan perbankan.

BAGAIMANA TERAPI BERFUNGSI?

Majukan perkhidmatan anda dengan hanya 4 langkah

Sms
1. DAPAT NOTIFIKASI TEMPAHAN
Appointment
2. ATUR TEMUJANJI
Treatment
3. LAKUKAN RAWATAN
Report n payment
4. HANTAR LAPORAN DAN DAPAT BAYARAN

PEMBAHAGIAN KOMISEN

Sejujurnya, tiada yang percuma dalam pembangunan apa-apa sistem.

Apa jua sistem yang dibangunkan melibatkan kos yang perlu ditanggung. Dari kos pembayaran dalam talian, server, SMS sehingga gaji mereka yang mambangun, menyelia dan menambahbaik sistem TERAPI ini. Dengan pembahagian komisen yang minima ini akan dapat menjadikan TERAPI membantu anda untuk tempoh yang lama (selama mungkin harapnya). Selain itu, tiada caj tambahan dikenakan. Pendaftaran adalah percuma. Anda tidak rugi apa-apa. Pembahagian komisen hanya berlaku apabila tempahan diterima.

Untuk setiap tempahan rawatan yang dibuat, pembahagian komisen adalah seperti di bawah.

Juru Urut
80%

Setiap tempahan

TERAPI
20%

Setiap tempahan

ADIL KAN?

SOALAN LAZIM

  • APAKAH KOS YANG DITANGGUNG SEKIRANYA BERDAFTAR DENGAN TERAPI?

    Tiada caj dikenakan untuk pengamal berdaftar dengan TERAPI. Anda akan terima 80% daripada jumlah yang dibayar pelanggan. Baki 20% adalah untuk TERAPI mengawalselia dan menambahbaik sistem TERAPI termasuk caj pembayaran dalam talian, SMS, server dan kos operasi syarikat.

  • BILA DAN BAGAIMANA SAYA AKAN DAPATKAN KOMISEN?

    Pembayaran komisen anda akan dibayar secara terus ke akaun bank peribadi/perniagaan anda setiap minggu (Ahad). Butiran akaun bank perlu dimasukkan di dalam akaun TERAPI anda.

    Kami akan mulakan proses pembahagian komisen selepas anda menghantar laporan tamat rawatan kepada kami.

  • BAGAIMANA TERAPI DAPAT MEMBANTU PERKHIDMATAN SAYA TAWARKAN?

    Sebagai rakan niaga TERAPI, anda sebagai pengamal akan mempunyai laman web peribadi sendiri yang akan membantu serlahkan perkhidmatan yang anda tawarakan secara digital (dalam talian). Link web tersebut anda boleh promosikan di mana-mana media sosial sama ada Facebook, WhatsApp dan sebagainya. FAKTA: Lebih 80% pelanggan di Malaysia menggunakan saluran media sosial pada hari ini.

    Anda akan mempunyai laman akaun yang membolehkan anda membuat promosi berkenaan perkhidmatan anda. Promosi Hari Raya atau Promosi Tahun Baru, anda sendiri yang tentukan!

    Selain itu, segala proses adalah berlaku secara automatik. Daripada jadual temujanji rawatan sehingga pembayaran komisen kepada anda.

  • SIAPA YANG AKAN TENTUKAN GAMBAR DAN COPYWRITING DI DALAM AKAUN TERAPI SAYA?

    Anda sendiri yang akan tentukan. Maklumat lanjut sila rujuk, manual berikut.

  • ADAKAH TERAPI HADKAN BILANGAN SERVIS YANG DITAWARKAN?

    Tiada. Selagi anda mampu dan berkelayakan pada perkhidmatan yang anda tawarkan, kami tiada halangan.

  • BILAKAH SAYA AKAN DAPAT MENERIMA PELANGGAN?

    Anda akan dimaklumkan melalui SMS dan email. Kebiasaannya, anda akan dihubungi oleh pelanggan terlebih dahulu untuk temujanji masa sebelum pelanggan membuat pembayaran tempahan rawatan.

  • BOLEHKAN SAYA MELETAKKAN HARGA RAWATAN LEBIH TINGGI DARIPADA HARGA YANG SAYA TAWARKAN SEKARANG?

    Maaf. Kami amat berharap agar harga yang ditawarkan sama atau lebih rendah daripada yang anda tawarkan. Ini bagi mengelak pelanggan rasa tertipu sekiranya mereka mengetahui harga sebenar anda tawarkan.

  • APAKAH SYARAT MINIMA UNTUK BERDAFTAR SEBAGAI PENGAMAL DI DALAM TERAPI?

    Kami menetapkan syarat berikut bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan: -

    • 1. Mempunyai Sijil/Diploma Kemahiran Urut Melayu daripada IPSCA, atau
    • 2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada Jabatan Kemahiran Malaysia di dalam bidang Terapi Urut
    • 3. Mempunyai pengalaman yang sesuai
    • 4. Bersifat amanah dan menghormati
  • BERAPA LAMAKAH TEMPOH MASA PROMOSI BOLEH DITAWARKAN?

    Terpulang kepada anda! Anda boleh tentukan sendiri tempoh masa promosi perkhidmatan dan anda boleh hentikan promosi tersebut bila-bila masa

  • SIAPAKAH YANG SAYA BOLEH HUBUNGI SEKIRANYA SAYA MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK PENDAFTARAN TERAPI?

    Jika anda mempunyai persoalan atau masalah untuk pendaftaran, sila email kepada kami bersama 'screenshot' masalah yang anda hadapi atau terus WhatsApp admin kami di 013-923 9551

Mahu perkhidmatan anda dikenali dalam dunia digital? Klik sini

Saya mahu daftar sekarang!